Dari Lelaki Untuk Lelaki.... - Pada ulasan terbaru dari blog SUBSAFAN !! kali ini, Akan menginformasikan teman teman pengunjung tentang Dari Lelaki Untuk Lelaki...., Dimana Info yang sudah kami sajikan untuk anda dihalaman singkat ini, Diharapkan bisa terpenuhi semua kebutuhan anda pembaca yang sudah kunjung hadir dan tentunya memang sedang membutuhkan. Sebagai pengunjung halaman situs blog ini, anda juga bisa membaca beragam
Artikel lelaki
Artikel santai lain lebih banyak dengan cara melihat Isi Peta dari pada situs ini, Namun terlebih dulu silahkan lansung Membaca Artikel terbaru Dari Lelaki Untuk Lelaki.... yang sudah kami siapkan dibawah ini, Untuk mengingatkan kembali bahwa ulasan pada postingan Dari Lelaki Untuk Lelaki.... sangat disarannkan untuk bisa disebarluaskan ke social medi Anda, Semoga Bermanfaat, lansung lihat lebih jelas infonya dibawah ini.
Zaman di universiti dulu saya pernah mengambil Penulisan Kreatif sebagai subjek ko-Q. Ada sebuah novel yang diadaptasi dari kisah benar seorang pegawai tentera yang kematian isteri dan mempunyai anak yang masih kecil. Setelah kematian isteri, anak2nya dijaga oleh adik ipar yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai kekasih. Dipendekkan cerita, akhirnya pegawai tentera itu menaruh hati kepada adik iparnya atas layanan dan cara dia menjaga anak-anaknya. Adik iparnya di dalam dilemma antara kekasih hati yang berjanji untuk hidup bersama atau abang ipar yang menaruh harapan menjaga anak-anak2 saudaranya.
Siapa dia yang pilih?
Di dalam kelas kami mengada undian mengandaikan jika kami ditempat adik ipar itu. Hasilnya, semua pelajar lelaki memilih untuk berkahwin dengan kekasih. Peliknya, semua pelajar perempuan memilih untuk berkahwin dengan abang ipar. Malah di dalam novel itu, memang dia memilih berkahwin dengan abang ipar kerana terlalu sayangkan anak-anak2 saudaranya. Pada masa itu saya merasakan betapa sukarnya memahami naluri wanita. Lebih haru, saya dipilih untuk melakonkan watak sebagai pegawai tentera itu dalam pementasan yang dirancang. Apa yang terjadi tak mahu saya ceritakan di sini.
Saya bersetuju dengan apa yang dibual dengan Ustaz Felix Siauw, untuk jadi matang kita perlu berumahtangga. Setidaknya kita akan lebih memahami wanita yang bak kata Dr Fadzilah Kamsah amat berbeza dengan lelaki. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian hidup. Islam menjelaskan tanggungjawab dan Islam juga menjelaskan tanggungjawab Islam. Tetapi bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga Islam jelaskan dalam bentuk manifestasi ketenangan dan kebahagiaan.
Syeikh Taqiyuddin Annabhani dalam kitab Nizhamul Ijtimaei fil Islam memetik beberapa ayat2 Al Quran untuk menjelaskan perkara ini. Antaranya surah An Naba' ayat 8:
" Kami telah menjadikan kalian berpasang-pasangan"
Selain itu dalam surah Rom ayat 21:
" Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari kalian sendiri supaya kalian CENDERUNG dan merasa TENTERAM kepadanya. Dia pun menjadikan antara kalian rasa belas kasih"
Memang fitrah manusia memerlukan teman hidup agar kita bersahabat dan berkasih sayang agar melahirkan rasa tenang dan bahagia. Ini manifestasi perkahwinan yang perlu kita fahami terutama sebagai suami. Bukan kita sahaja bahagia, tetapi isteri dan keluarga juga. Terdapat kekeliruan yang lahir akibat keterlaluan menafsir dalil yang menerangkan tanggungjawab isteri mentaati suami. Ia disalahfahami dengann melihat suami umpama raja hingga si isteri terpaksa menderita kononnya untuk taat.
Antara dalil yang biasa digunakan adalah hadith nabi
Dari Abu Hurairah:“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi,)
“Hendaklah para isteri menunaikan kehendak suaminya sekalipun ketika berada di atas belakang unta.”
Islam menekankan betapa pentingnya seorang isteri itu perlu taat kepada suami agar kebahagiaan bersama dapat dirasa. Dalam masa yang sama Islam juga menerangkan tanggungjawab suami sebagai pemimpin, memelihara nafkah dan berbuat baik kepada isteri.
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."(An Nisa' 34)
Dalam hadith riwayat At Tirmidzi:
"Sebaik-baik kami adalah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik kepada isteriku"
Rumahtangga semoga dibangun atas kesedaran tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta manifestasi perkongsian hidup untuk mencapai rasa tenang dan bahagia.
Suatu perkongsian yang menarik sebagai penutup. Kajian yang dibuat Universiti Perubatan Vienna menujukkan perlakuan kasih sayang seperti pelukan dan kucupan akan melegakan stress, menguatkan antibodi dan memory kesan dari hormon oxytocin. Jadi kepada yang bujang jangan tunggu lama-lama dan jadilah suami yang membahagiakan pasangan anda.
Demikianlah Artikel Dari Lelaki Untuk Lelaki...., Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Dari Lelaki Untuk Lelaki.... ini, Anda benar2 sudah menemukan informasi yang memang sedang dibutuhkan. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Dari Lelaki Untuk Lelaki.... ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.

