Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak - Pada ulasan terbaru dari blog SUBSAFAN !! kali ini, Akan menginformasikan teman teman pengunjung tentang Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak, Dimana Info yang sudah kami sajikan untuk anda dihalaman singkat ini, Diharapkan bisa terpenuhi semua kebutuhan anda pembaca yang sudah kunjung hadir dan tentunya memang sedang membutuhkan. Sebagai pengunjung halaman situs blog ini, anda juga bisa membaca beragam
Artikel santai lain lebih banyak dengan cara melihat Isi Peta dari pada situs ini, Namun terlebih dulu silahkan lansung Membaca Artikel terbaru Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak yang sudah kami siapkan dibawah ini, Untuk mengingatkan kembali bahwa ulasan pada postingan Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak sangat disarannkan untuk bisa disebarluaskan ke social medi Anda, Semoga Bermanfaat, lansung lihat lebih jelas infonya dibawah ini.
14 Mac 09
Saya menulis dari Cameron Highland. Sampai lebih kurang 2 petang semalam, terus check in hotel. Hujan renyai-renyai suhunya 18C. Semalam kami sempat pusing dari ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Singgah di ladang strawberi dan sayuran. Hujan turun agak lebat sekejap-sekejap ketika kami hendak ke pasar malam Brinchang. Sungguh sukar mencari parking kereta di sini. Di mana ceruk pun ada kereta. Akhirnya saya sempat menyelit di belakang kedai. Mujur hujan telah reda, kami berpayung ke pasar malam. Tak banyak yang saya beli. Sekadar membeli teh dan strawberi buat buah tangan serta keychain dan baju buat kenang-kenangan. Menjelang malam suhu menurun ke 18C tetapi mujur kurang berangin. Di Ladang Strawbery dan Sayur-sayuran
Pasar Malam Brinchang
Suhu di Camerom Pada 7.55 malam
Pagi ini, selepas sarapan kami akan terus check out hotel. Rancangnya ingin ke ladang teh dan ros pula. Kaktus-kaktus comel mungkin juga menarik hati.
Saya sambil menonton TV9, sebuah rancangan agama dikendalikan oleh Ust Mohammad bin Abdullah, sungguh indah nama. Perbincangan bertajuk Ke Arah Penyatuan Ummat. Seorang penonton menelefon menanyakan soalan tentang hukum pekerja MAS yang terlibat membawa, mengendali dan menghidangkan arak di pesawat. Pemanggil menanyakan hukumnya, apakah hukumnya terlibat dengan arak ini, apakah diperbolehkan atau perlu berhenti kerja. Sayangnya si Ustaz langsung tak menjawab soalan tersebut. Sebaliknya beliau bercerita bagaimana Mongol diislamkan. Menurutnya, ramai ulama’ yang cuba mendakwahkan raja Mongol mati di bunuh, tetapi mereka tidak putus asa. Sampailah ke masa Ulama’ yang bernama Imam Bahrazi. Walaupun telah ramai yang dibunuh tetapi beliau tetap datang bertemu raja Mongol dan menyeru baginda memeluk Islam. Keberanian dan pendekatan Imam Bahrazi membuat Raja Mongol kagum dan memahami Islam lalu memeluk agama suci ini. Begitulah ceritanya, kemudian kembali ke perbincangan asal. Sungguh mengecewakan ustaz begini. Kenapalah cerita kehebatan seorang ulama’ itu dijadikan jawapan terhadap hukum arak? Jawapan yang lazim diberikan kononnya untuk menjaga keberlangsungan dakwah. Habis tu bila nak menyampaikan Islam yang benar. Kalianlah sepatutnya yang kehadapan memperjuangkan Islam, tetapi kenapa kalian tidak mahu menjawab persoalan sedemikian. Tidakkah kita ingat Firman Allah yang bermaksud, “Janganlah kamu mencampuradukkan yang haq dengan yang bathil, dan janganlah kamu sembunyikan yang haq sedangkan kamu mengetahui”. Tidakkah juga beliau mengambil iktibar dari kisah Imam Bahrazi yang sanggup menghadapi risiko dibunuh untuk menyampaikan Islam? Aduhai sungguh mengecewakan, dari saya kecik hingga ke besar ada juga ustaz-ustaz begini yang mencemarkan kaca TV saya. Baik saya pergi sarapan dulu.
15 Mac 09
Saya sambung menulis dari rumah mertua di Kota Bharu, Bandaraya Islam. Betul ke ia Bandaraya Islam? hmmm....
Kami sampai di kampung awal sedikit sebelum maghrib semalam. Saya memang cuba elakkan sampai selepas maghrib. Perjalanan dari Tringkap ke sini lebih dari 4 jam. Semalam kami sempat ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Perjalanan melalui jalan kecil dilereng bukit yang curam agak menyesakkan nafas apabila bertembung kenderaan dari hadapan. Sememangnya inilah tempat utama yang ingin saya lawati di Cameron Highland kerana saya adalah penggemar Teh O yang setia. Percutian kami dicemari sedikit dengan sikap seorang pemandu dibelakang kereta saya yang cukup sombong dan tak mahu mengalah pada perjalanan menuruni bukit dari Ladang The BOH Sungai Palas. Jalan begitu sempit. Tayar kereta saya betul-betul dah dihujung lereng yang curam, puluhan meter dibawahnya adalah lembah yang curam. Dari arah depan ada sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki India. Jalan ini tidak muat dilalui 2 kereta. Salah seorang dari kami perlu mengalah. Untuk meminta lelaki India itu mengundur keretanya adalah sukar kerana ia perlu mengundur jauh dan membelok untuk ke kawasan yang sedikit lebar (muat-muat 2 kereta). Bagi saya mengundur adalah lebih mudah kerana tidak jauh ada kawasan yang sedikit lapang. Tetapi Naza Ria dibelakang saya tidak mahu mengundur, walhal kawasan lapang tersebut Cuma dibelakang dan ia hanya perlu undur sedikit sahaja. Malah ia mula menjerit suruh saya dan lelaki India itu terus saja. Isteri saya keluar dan meminta Naza Ria itu mengundur kebelakang. Anak lelaki pemandu yang dalam lingkungan usia pertengahan 20an pula keluar memaki hamun. Belagak sungguh mamat berseluar pendek ini. Nampaknya anak dan bapak Naza Ria ni memang sama-sama bodoh sombong. Pemandu India itu pada awalnya bercakap secara baik pun dah mula naik angin. Saya cuba memberi isyarat kepada pemandu Naza Ria itu dari tingkap kereta agar mengundur kebelakang tetapi tidak diendahkan. Anaknya malah memaki kami tidak ada lesen dan sebagainya. Saya cuba menenangkan pemandu India itu. Dalam keadaan begini tak perlu nak bertegang urat. Saya pula turun dari kereta dan pergi ke Naza Ria itu dan meminta secara diplomasi agar ia mengundur sedikit ke belakang. Beliau mengundur sedikir sahaja. Kemudian ada 2 orang perempuan India pula yang memintanya agar mengundur. Sambil marah dan memaki hamun pakcik Naza Ria itu mengundurkan keretanya. Akhirnya saya dapat undurkan kereta dan kami dapat meneruskan perjalanan.
Semasa Perjalanan ke Ladang Teh. Kebanyakan kereta terpaksa berundur semasa bertembung dengan bas. Jalan ini lebih luas berbanding jalan semasa kami stuck dengan Naza Ria, malah tiada besi penghadang di tepi gaung. Tak sempat pula nak ambil gambar dalam suasana tegang tu.Suasana tegang dalam 15 minit itu sebenarnya tidak akan terjadi jika salah seorang mahu mengalah. Dalam perjalanan naik, malah kami mengundur jauh kebelakang ketika bertembung dengan bas. Saya rasa sikap sporting dan diplomatik terutama dalam keadaan begini sangatlah perlu. Ia melambangkan mentality dan sikap kita. Pada saya hanya orang yang bodoh sombong saja yang bersikap mementingkan diri sebegitu. Walaupun jalannya agak teruk, ladang teh ini adalah yang paling cantik berbanding ladang-ladang teh lain di Cameron.
Pemandangan di Ladang Teh Boh Sungai Palas
Pemandangan dari Gunung BrinchangDari Ladang Teh Sungai Palas, kami singgah di Rose Valley sebentar sebelum bertolak ke Kota Bharu. Sampai di Simpang Kampung Raja, kami membelok ke kanan menuju Gua Musang melalui Lojing. Sekiranya ke kiri, kami akan turun ke Simpang Pulai, Perak. Perjalanan melalui Highway yang lengang ini cukup menarik, di apit oleh gunung ganang dan hutan belantara. Melalui kawasan orang asli dan hutan-hutan yang telah digondolkan di kawasan Lojing.
Pemandangan melalui Lojing18 Mac 09
Kami sampai kembali ke rumah semalam. Hanya 2 hari sahaja di kampung di Kota Bharu, buat jadual kami agak padat. Pada pagi Isnin kami membawa ibu mertua membeli belah di bangunan MPKB. Saya mengambil kesempatan singgah di Kedai Buku Jaafar Rawwas. Petangnya sempat juga bermain-main di sawah padi,yelah orang Johor memang la jakun tengok bendang. Pada malamnya, aktiviti yang mesti apabila balik kampung adalah pergi ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh, macam-macam ada. Kalau anda ke Kota Bharu, inilah tempat paling sesuai untuk membeli buah tangan.
Pemandangan di sawah bendang
Tanaman Sayur-sayur mak Mertua di belakang rumah
Sayuran dan ikan air tawar di tali air
Mangga 4 kg RM10 di pasar borong Wakaf Che Yeh. Sedap dan manis.
Favourite saya di Kelantan adalah Mi Celup. Tetapi makan di sini kali ini agak mengecewakan, rasa kurang dan harga pula mahal.
Suhu tengahari di Kelantan, memang panas.Keesokan paginya, saya sempat sarapan Nasi Kerabu di Bunut Payong, nasi kerabu paling sedap saya pernah makan. Tengahari makan gulai (kenduri) di Selising dan petangnya bercanda di Pantai Irama, Bachok. Esok pagi kami hendak bertolak balik ke Johor.
Pemandangan di Pantai Irama, Bachok.
Tandas awam di Pantai Irama Bachok, buang air kecil pun RM0.50, kotor pula tu. Saya rasa kebersihan tandas awam di Kelantan banyak yang perlu ditingkatkan. Mahal dan kotor.Kami bertolak balik 7.30 pagi Rabu, semalam. Singgah di Kuantan, sempat mandi di Teluk Cempedak. Aduhai letihnya mandi air laut dan perjanan masih agak jauh. Memang bercuti sakan. Keseluruhan perjalanan kami 1750km. Inilah cuti-cuti Malaysia kami setelah lebih setahun setengah tak bercuti. Boss dah telefon, minta cut short cuti, maka saya kena masuk kerja esok.
Pemandangan Pantai Teluk Cempedak
Mahasiswa yang obses keluarganya datang dan membawanya ke Teluk Cempedak.p/s: Kredit ingin saya berikan kepada blog http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com kerana saya kira ianya banyak membantu untuk mendapatkan maklumat sebelum ke sana. Kepada sesiapa yang ingin ke sana, saya sarankan layari blog tersebut.
Demikianlah Artikel Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak ini, Anda benar2 sudah menemukan informasi yang memang sedang dibutuhkan. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
